Program Insan adalah inisiatif Kerajaan Negeri Selangor yang bermula sejak 1 Oktober 2022 dan bertujuan untuk meringankan beban rakyat yang dihimpit oleh pelbagai masalah pasca pandemik dengan memberi perlindungan Insurans Kemalangan Diri Berkumpulan percuma kepada 6 juta rakyat di Selangor yang layak berumur bermula dari 30 hari sehingga 80 tahun.

Insurans Kemalangan Diri Berkumpulan adalah pelan insurans am secara berkelompok untuk melindungi kehilangan upaya kekal atau kematian akibat kemalangan kepada 6 juta rakyat di Negeri Selangor.

Warganegara Malaysia berusia 30 hari sehingga 80 tahun yang:

i. Kad Pengenalan yang mempunyai kod negeri Selangor; (Kod 10, 41, 42, 43, 44)

ii) Kad Pengenalan beralamat di negeri Selangor; atau ii) Pengundi yang berdaftar di negeri Selangor.

i) Muat turun aplikasi eWallet Wavpay di Google Playstore, Apple Store atau Huawei AppGallery; atau

ii) Daftar di Pejabat Ahli Dewan Negeri Selangor.

i) Tarikh akhir pendaftaran bagi INSAN konvensional adalah pada 30 September 2023

ii) Tarikh akhir pendaftaran bagi INSAN takaful adalah pada 3 Ogos 2024.

Akta PDPA tidak terpakai ke atas Kerajaan Persekutuan mahupun Kerajaan Negeri. Rujuk Seksyen 3(1) Akta PDPA. Progam INSAN adalah program Kerajaan Negeri Selangor dan data program ini dilindungi oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Kaedah pra-pendaftaran adalah bagi liputan secara berkumpulan kepada semua pengundi Negeri Selangor. Pengesahan kelayakan rakyat untuk Program INSAN dibuat melalui penyepadanan nombor MyKad dengan Data Suruhanjaya Pilihan Raya.

Bagi pelajar sekolah (7 tahun ke 19 tahun) dan kanak-kanak (30 hari ke 6 tahun setakat Mei 2023), pengesahan kelayakan Program INSAN dibuat melalui pendaftaran melalui Pejabat DUN atau aplikasi Wavpay. Untuk memuat turun sijil perlindungan, rakyat perlu menerima terma dan syarat terdahulu. Tiada isu “data breach”.

Kaedah pra-pendaftaran untuk liputan secara berkumpulan dibuat kerana jaringan keselamatan sosial ini adalah untuk manfaat 6 juta rakyat dan penduduk di Selangor. Pendekatan ini juga sebahagian daripada usaha Kerajaan Negeri untuk mendigitalkan sistem perkhidmatan kerajaan supaya berpaksikan rakyat dan memudahkan urusan antara rakyat dan kerajaan.

Susulan pra-pendaftaran, setiap individu masih perlu memuat turun aplikasi Wavpay dan mengesahkan terima tawaran. Pengesahan dibuat dengan cara memuatnaik gambar selfie sendiri bersama MyKad dan setuju terima. Ertinya, setiap seorang yang akhirnya menjadi pemegang polisi yang sah telah membuat pengesahan diri sendiri dan bersetuju menerima.

Skim INSAN Konvensional menawarkan perlindungan sosial RM10,000 untuk kes kematian dan kes hilang upaya kekal akibat kemalangan dan tambahan RM1,000 untuk perbelanjaan pengebumian untuk kes kematian.

Manakala Skim INSAN Takaful menawar perlindungan di antara RM10,000 sehingga RM20,000 bagi kes kematian atau kes hilang upaya kekal akibat kemalangan, dan tambahan RM1,000 untuk perbelanjaan pengebumian untuk kes kematian serta tambahan faedah RM50/hari sehingga 30 hari untuk kemasukan wad.

Orang Islam diberi keutamaan perlindungan melalui Skim INSAN Takaful (disediakan oleh Takaful Ikhlas General Berhad), manakala orang bukan Islam dilindungi di bawah Skim INSAN Konvensional (disediakan oleh AmGeneral Insurance Berhad).

Polisi skim INSAN merangkumi konsep liputan perlindungan (blanket coverage) untuk 6 juta rakyat Selangor. Semasa mengemukakan tuntutan, penuntut/waris pemegang polisi mesti terlebih dahulu mengesahkan pemegang polisi memenuhi SALAH SATU daripada 3 kriteria seperti di bawah:

i) Kad pengenalan yang mempunyai kod Negeri Selangor (Kod 10, 41, 42, 43, 44)

ii) Alamat yang tertera di kad pengenalan dengan poskod Negeri Selangor

iii) Pengundi yang berdaftar di Negeri Selangor

Pemegang polisi induk bermaksud syarikat yang dinamakan sebagai pemegang polisi induk. Pemegang polisi induk boleh mengeluarkan sijil perlindungan untuk individu yang berdaftar atau didaftarkan di bawah polisi skim INSAN yang boleh mereka gunakan sebagai bukti perlindungan. Jika sijil perlindungan hilang dari simpanan individu yang terlindung di bawah skim ini, mereka boleh mendapatkan semula sijil mereka dari syarikat yang dinamakan sebagai pemegang polisi induk. Wavpay Fintech Holding Sdn. Bhd. adalah pemegang polisi induk bagi skim INSAN dan juga dipertanggungjawabkan sebagai pengendali perkhidmatan (service provider).

Pemegang sijil yang dilindungi di bawah Skim INSAN ataupun waris boleh mengemukakan sijil perlindungan ke rakan insurans/takaful atau pengendali perkhidmatan untuk memulakan proses tuntutan. Rakan insurans/takaful dan pengendali perkhidmatan akan memberikan khidmat bantuan kepada penuntut sepanjang proses tuntutan. Bagi tujuan tuntutan, beberapa dokumen dan borang tuntutan perlu dilengkapkan dan diserahkan kepada rakan insurans/takaful atau pengendali perkhidmatan. Senarai dokumen dan borang boleh didapati di laman sesawang www.programinsan.com/tuntutan

WAVPAY bukan penyedia insurans/takaful tetapi hanya pengendali perkhidmatan. Mereka bertanggungjawab memudahkan anda sebagai pengguna untuk mengakses polisi insurans/takaful yang ditawarkan oleh Rakan Kongsi Insurans/Takaful iaitu AmGeneral Insurance Bhd dan Takaful Ikhlas General Bhd.

Syarikat Wavpay adalah syarikat e-wallet yang diluluskan oleh Bank Negara dan dipersetujui oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri sebahagian daripada usaha Kerajaan Negeri untuk mengalihkan sistem urusan dengan rakyat kepada nirtunai (cashless). Syarikat ini adalah milik bersama Kerajaan Negeri.

Program INSAN adalah salah satu daripada program Iltizam Selangor Penyayang, kerangka bantuan sosial untuk warga Selangor oleh Kerajaan Negeri. Sebanyak RM12 juta diperuntukkan bagi Skim INSAN Konvensional manakala RM9 juta diperuntukkan untuk perlindungan Skim Takaful.